Thailand [siri 3]


AKHA HILL

14 hb Jun 2011, Selasa - Konvoi keluar dari Tachileik, Myanmar pada petang hari dan menuju semula ke Chiang Rai, kali ini bukan untuk bermalam di sana tetapi sekadar makan malam dan menanti seorang penunjuk arah jalan konvoi ke lokasi seterusnya.



Menjamu selera di restoran muslim
Selesai makan di sebuah restoran muslim, konvoi bergerak pada jam 8.30 malam menuju ke kawasan pengunungan yang terletak kira-kira 27 km dari Chiang Mai. Konvoi akan bermalam di sana, di kawasan orang bukit suku kaum Akha, di Akha Hill House.

Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam melalui jalan kampung dan kemudian memasuki jalan off-road mendaki bukit bukau untuk menuju ke lokasi. Kebanyakkan kenderaan konvoi terpaksa mengunakkan gear 4x4 untuk memastikan kenderaan boleh memanjat jalan bukit yang curam lagi tinggi.

Konvoi selamat tiba dalam kegelapan akan tetapi hanya 3 buah kenderaan sahaja yang mampu parking di kawasan penginapan kerana kawasan letak kenderaan Akha Hill House terlalu sempit. Selebihnya, kenderaan terpaksa pak di bawah dan para anggota terpaksa menaiki pick-up milik resort orang bukit tersebut.

Kraftangan hasil suku Akha
Orang suku Akha berkain batik
Setibanya konvoi di kawasan penginapan dan setelah mendapat kunci bilik, kedengaran riuh rendah kemudiannya para anggota bagai berpesta kerana ke hulu ke hilir cuba mencari makluk yang bernama 'tokek' setelah mereka terdengar bunyi binatang itu di serata tempat di kawasan bukit di sini.

Toket yang terdapat di kawasan gunung ini

Pesta menyuluh dan mencari 'toket' ini berlangsung sehinggalah bawa ke subuh sambil2 para anggota bersembang2 dan minun kopi panas dan menikmati permandangan pergunungan yang indah berlampukan cahaya bulan yang cukup terang.

15 hb Jun 2011, Rabu - Pagi-pagi lagi ramai para anggota telah pun berjalan kaki sejarak waktu 5 minit ke air terjun yang terletak berhampiran. Sungguh senjuk dan nyaman bermandi manda di sini.

Air terjun di Akha Hill
Bergambar di Akha Hill House sebelum pulang
Selesai mandi dan makan pagi yang di masak sendiri, para anggota sibuk melakukan sessi pengambaran oleh pihak RTM1 yang telah bersama awal ekspedisi ini bermula.


Pengambaraan RTM untuk Berita Perdana
Memang di sini, di Akha Hill ini telah di rancang untuk konvoi JWJ2 berehat dan memenuhi pemintaan pihak crew RTM agar boleh diadakan rakaman dalam suasana yang tenang tanpa kelam kabut yang selama berbelas hari ini hanya mengejar masa dalam kenderaan sahaja.

Selesai sahaja sessi rakaman, para anggota siap dan mula turut dari kawasan penginapan menuju semula ke tempat parking kenderaan yang 7 buah semalam. Jalan turun terlalu curam tetapi hanya sekadar 700 meter sahaja. Ada yang memulakan dengan berjalan kaki dan ada para anggota menanti peluang menaiki pick-up.

Kawasan Parking
Di sinilah satu setuasi yang amat mencemaskan berlaku. Pick-up tersebut membeluk dengan agak laju apabila menuruni bukit, terlanggar tebing dan kesemua anggota yang berada di belakang pick-up tercampak jatuh ke tanah.

Mangsa yang tersungkur
Tempat jatuh lagi dikenang
Anggota medic bergegas menghampiri mereka semua........ nasib di sebelah mereka, mereka semua terselamat dan hanya mengalami kenceraan yang ringan sahaja. Apa pun itu menjadi pengalaman yang cukup panik bagi mereka namun peristiwa tersebut di akhiri dengan gelak ketawa tanda seronok kerana pengalaman hempap menghempap. Alhamdullillah....

Yang menyaksikan kejadian
Mangsa yang paling teruk
Sendiri jatuh dan sendiri ketawa
Setelah konvoi kembali tenang, kesemua kenderaan bergerak keluar dari kawasan pergunungan tersebut menunju ke lokasi seterusnya, Chiang Mai.


Keluar dari kawasan orang bukit Akha

CHIANG MAI

Konvoi tiba agak lewat petang dan dalam kesempatan ini semua rakan konvoi telah check-in awal untuk bersiap sedia keluar bersiar di bandar Chiang Mai ini. Chiang Mai amat terkenal dengan 'night market' sepanjang 5 km dan anggota konvoi telah lama mengidam untuk ke sana mencari peluang membeli cenderahati di lokasi terakhir dalam ekspedisi JWJ2 ini.


Tambah kapsyen
'Night Market' di Chiang Mai
Memang jelas ketara, ramai yang cuba menghabiskan wang saku membeli belah T'hirt, kain sutera Thai dan pelbagai barangan lagi untuk di bawa pulang untuk orang tersayang. Yang menarik, ramai tertumpu pada salah sebuah gerai menjual kain sutera Thai milik orang Melayu Islam.

Anggota konvoi hanya berkumpul dan bersua kembali di esok harinya, bersiap sedia mengorak langkah pulang ke Malaysia dan bakal mengharungi lebih 1700 km di jalanraya Thailand.

16 hb Jun 2011, Khamis - Sebelum keluar dari bandar Chiang Mai, konvoi sempat membuat lawatan rasmi ke sebuah masjid keturunan Cina di sini.



Lawatan ke masjid dan beramah mesra
Beramah mesra dengan kariah di situ yang sedang sibuk membuat persiapan perasmian bangunan baru masjid tersebut yang akan di adakan pada jam 3.00 petang nanti.


Masakan sup istimewa
Walaubagaimana pun kesempatan konvoi tidak mengizinkan bersama dalam program mereka itu akan tetapi kesemua anggota konvoi tetap dijamu dengan kotiew goreng agar mengalas perut buat perjalanan yang panjang menuju arah pulang.

Makan Ko-teow goreng sajian pihak masjid
Wajah di sekitar luar perkarangan masjid
Sekadar memberi sedikit sumbangan oleh ahli konvoi
Gerai jualan makanan muslim di luar masjid
Konvoi kemudian singgah sebentar di kedai radio amatur, melihat kemungkinan harga di sini lebih murah dari Malaysia. Nampaknya kaki-kaki radio amatur yang bersama konvoi tidak melepaskan peluang memborong handy dan peralat yang benar murah harganya berbanding di Malaysia. Ramai tersenyum riang kerana telah memiliki handy masing2 atas usaha bantuan seorang kaki handy warga Chiang Mai yang berbangsa Melayu..

Rakan radio amatur di Chiang Mai

Kedai radio amatur di sini
"hello, hello...testing..testing..panggil..panggil....Hahahaa..."

Gembiranya dapat membeli 'handy' murah
Akhirnya konvoi keluar dari bandar Muang Chiang Mai setelah jam 4.30 petang.

BANGKOK


17 hb Jun 2011, Jumaat - Konvoi tidak pernah merencanakan singgah ke Bangkok sebelum ini namun kerana salah sebuah kenderaan mengalami masalah alternator, maka konvoi terpaksa masuk ke Bangkok untuk mendapatkan alat ganti.


Dalam perjalanan konvoi terpaksa berhenti untuk masak sendiri kerana tidak menemui kedai makanan Islam di sepanjang jalan.

Masak di tepi jalan dalam perjalanan ke Bangkok
Berhenti untuk minyak di Petronas sebelum masuk ke Bangkok
Perjalanan semalaman menuju ke bangkok ini amat jauh dan memenatkan. Konvoi di jalanraya sejauh 750 km lebih dan terpaksa berhenti beberapa kali bertukar pemandu. Akhirnya tiba juga di kota Bangkok setelah jam 6.30 pagi melebihi 14 jam memandu.

Memasuki kiota Bangkok seawal pagi untuk mengelak jam
Tambah kapsyen
Sungguh sesak di jalanraya Bangkok
Konvoi terpaksa melalui jalan yang cukup sesak dalam kota Bangkok dan meletakkan semua kenderaan di kawasan berhampiran stadium dan dari sini semua anggota konvoi bergerak dengan taksi dan tut-tut sahaja.

Penerangan ringkas sebelum bergerak di kota Bangkok
Menaiki tut-tut di kota Bangkok
Konvoi tidak akan berada lama di sini, hanya sekadar sarapan pagi di kawasan Petchaburi, melawat masjid Darul Aman yang berhampiran, menyelesaikan masalah alternator dan akhirnya akan keluar semula dari kota yang sesak ini menuju ke Surat Thani untuk bermalam buat kali terakhir di negara Thailand, sebelum masuk semula ke Malaysia.

Lawatan ke Masjid Darul Aman, Bangkok
Namun dalam masa yang singkat ini, para anggota cukup pandai mengambil kesempatan menuju ke beberapa tempat hasil penerangan ahli JWJ tahun lepas yang telah sampai ke Bangkok, untuk membeli belah di China Town, barangan dari China yang murah-murah di sana.


Membeli belah di China Town, Bangkok
Konvoi JWJ2 melepasi keluar kota Bangkok pada jam 3.15 petang menuju ke Surat Thani.

CHUMPHON


Konvoi tidak sampai ke Surat Thani yang terletak 660 km lebih dari Bangkok. Ini adalah kerana kenderaan BAT02 mengalami masalah gandar tayar belakang, masalah yang sama seperti di Siem Reap dan tidak mampu bergerak langsung semasa melepasi pekan Prachuap Khiri Khan. Konvoi memutuskan berpecah kepada 2 dua kumpulan, dua kenderaan tinggal di Prachuap agar dapat diperbaiki pada hari esoknya dan selebih 8 kenderaan meneruskan perjalanan.



Setelah sekeian lama berbincang, akhirnya diputuskan
2 kenderaan akan tinggal di Prachuap
Konvoi berpisah pada anggaran jam 10.30 malam dan kumpulan yang tertinggal hanya bermalam di sebuah motel kecil yang terletak berhampiran tempat kejadian. Konvoi utama meneruskan perjalanan tetapi tidak mampu sampai ke Surat Thani kerana terlalu letih kerana tidak tidur malam sejak berlepas dari Chiang Mai dua hari yang lepas.

Keputusan telah dibuat agar konvoi utama berhenti di Chumphon sahaja untuk bermalam.

Menuju ke Chumpon untuk bermalam
18 hb Jun 2011, Sabtu - Jam 7.00 pagi lagi konvoi utama dengan 8 kenderaan telah siap untuk bergerak pulang kira-kira 544 km menuju sempadan di Bukit Kayu Hitam. Namun keputusan baru telah dibuat, hanya 6 kenderaan harus menuju ke sempadan dan 2 buah kenderaan lagi akan menuju ke Muang Kluang, Ranong untuk menghantar wang fidiah yang baru diterima dari Malaysia melalui salah seorang anggota konvoi.


Sumbangan kepada wakil di Kg Muang Kluang
Kini konvoi berpecah kepada tiga kumpulan. kumpulan 1, masih di Prachuap menyelesaikan masalah kesorakkan kenderaan, kumpulan 2, menuju ke sempadan dan kumpulan 3, menuju ke Muang Kluang dan kesemuanya akan bertemu semula di pintu sempadan.

Pada jam 6.30 petang konvoi utama melepasi sempadan dan lewat jam 10.30 malam konvoi dua buah kenderaan dari Muang Kluang bertemu semula dengan konvoi utama di pintu sempadan sebelah Malaysia, akan tetapi konvoi yang tersangkut di Prachuap tidak sempat sampai kerana perjalanan bagi mereka terlalu jauh. Konvoi 2 kenderaan tersebut terpaksa berhenti bermalam di Hadyai sahaja kerana pintu sempadan pasti sudah tutup apabila mereka teruskan juga ke sempadan.

Konvoi utama melepasi sempadan jam 6 petang
Konvoi utama yang kini kembali menjadi 8 kenderaan semula meneruskan ke Baling, Kedah untuk bermalam kerana akan bersama dengan penduduk di sana esok harinya dalam majlis sambutan kepulangan konvoi Espedisi JWJ2 Merentas 7 Negara kembali ke Malaysia.