Thailand [siri 2]

CHIANG KHONG


13 hb Jun 2011, Isnin - Konvoi telah pun menyeberangi sungai Mekong dan mula tercari-cari pos imigresen Thailand yang rupanya terletak di celah-celah pondok menjual tiket feri. Agak lewat konvoi sampai ke pos tersebut tetapi kami masih bernasib baik kerana pegawai mereka dengan senang hati membantu kami dalam urusan perlepasan kenderaan masuk ke Thailand di pintu Chiang Khong. Mungkin kerena mereka seronok melihat konvoi sebergini yang jarang2 sekali masuk ke negara mereka melalui pintu ini.

Konvoi selepas urusan di pos imigresen dan kastam agak lewat hampir jam 7.30 malam kerena sistem komputer di pos mereka telah 'break-down', maka segala urusan telah dibuat secara 'manual' sahaja, namun pihak mereka laksanakan juga dan konvoi inilah merupakan kenderaan yang terakhir melepasi sempadan Chiang Khong. Kemudian pos kastan dan imigresyen pun ditutup.

Konvoi meneruskan perjalanan ke Chiang Rai selepas itu tanpa berhenti untuk makan walaupun seharian tidak mengisi perut yang mengenyangkan, hanya beberapa anggota sahaja sempat membeli minuman botol sementara penat menanti urusan di imigresen tadi.

Perjalanan menuju ke Chiang Rai mengambil masa hampir 90 minit sejauh 56 km.

CHIANG RAI

Masih hari yang sama, 13 hb Jun 2011. Konvoi tiba hampir jam 9.00 malam dan konvoi terus ke hotel akan tetapi tidak terus 'check-in', hanya mengambil salah seorang ahli masjid 'Darun Aman' sebagai pemandu arah kami ke sebuah restoran muslim.

Tiba sahaja di restoran tersebut yang terletak kira2 4 km dari hotel, anggota konvoi terus serbu untk makan nasi campur berlauk ala Thai kerana terlalu lampar, seharian tidak makan sejak berlepas dari China melalui Laos pagi tadi.

Setelah puas dan hampir2 kesemua anggota kekenyangan, konvoi bergerak ke hotel untuk mencari bantal, hanya beberapa anggota sahaja berusaha juga untuk keluar menjenguk 'night market' di kota Muang Chiang Rai yang hampir tutup kerana jam sudah hampir 12.00 malam.

Para media, Utusan Malaysia, Bernama dan RTM pula kelihatan sibuk di lobi dengan bersungguh-sungguh menghantar berita ke Malaysia agar rakyat di bumi kita dapat mengikut perkembangan berita Ekspedisi JWJ2 ini yang tergendala sejak memasuki China empat hari yang lalu.

Sebab itulah konvoi bergegas memasuki Thailand sehari lebih awal mengikut jadual yang sebenar. Apa pun konvoi telah selamat tiba di Chiang Rai ini dan berita dari pihak media pun telah berjaya dihantar.

14 hb Jun 2011, Selasa - Jam 8.00 pagi, semua anggota telah keluar berjalan kaki dengan pelbagai pakaian, ada berbaju korporat dan ada pula berbaju Melayu mengatur langkah ke masjid Darun Aman yang terletak beberapa simpang sahaja dari hotel, hanya 500 km.

Tiga buah kenderaan pula, BAT04, BAT1o dan BAT09 terpaksa keluar mencari pusat servis kenderaan kerana menyelesaikan beberapa masalah setelah melalui jalan yang agak teruk di Laos semalam. Mereka ini akan bertemu kembali di masjid apabila selesai urusan tersebut dan salah seorang kariah mesjid turut bersama mereka untuk memastikan mudah bicara dalam bahasa Thailand.

Konvoi disambut mesra oleh kariah mesjid yang tersergam indah milik komuniti Cina, namun masyarakat melayu khususnya pendakwah dari selatan Thai turut dijemput bersama untuk menyambut kami.

Kelihatan pula kaum ibu sibuk memasak secara bergotong royong kemungkinan buat santapan tengahari bersama.

Setelah ucapan pihak Imam mesjid dalam bahasa Thai dan oleh pengarah ekspedisi dengan diterjemahkan ke bahasa Thai dan Melayu oleh ustaz berbangsa Melayu dari selatan Thai, pihak konvoi terus membuat persembahan kompang, silat dan marhaban. Satu tepukan gemuruh menyusuri pada setiap persembahan kami sehinggakan salah seorang jawatankuasa mesjid berbangsa China cuba sedaya upaya menyanyikan sebuah lagu dalam bahasa Melayu, seperti yang telah diajarkan oleh ibunya semasa kecilnya.

Lagu tersebut dapat dikesan oleh Sdr Adanan mengikut alunan iramanya walaupun senikata penyanyi tersebut agak kurang fasih dan jelas sebutannya. Sdr Adanan kemudian bergegas naik ke pendas dan nyanyikan bersama dengan iringan paluan kompong oleh dua anggota konvoi. Lagunya ialah 'burung kakak tua'.

Pada jam 11.30 pagi, jamuan telah siap terhidang. Semua yang hadir di majlis tersebut telah makan bersama termasuk anggota konvoi yang telah pergi servis 3 kenderaan tadi sempat tiba dipenghujug persembahan.

Anggota konvoi bersalaman serta berselawat sebagai tanda perpisahan dan terus pulang ke hotel untuk check-out agar sempat ke destinasi seterusnya iaitu Tachileik, Myanmar yang terletak di pintu Mae Sai, Thailand, 80 km dari bandar Muang Chiang Rai.


Berita menarik tersiar di Utusan Malaysia : JWJ2 jelajah utara Thailand 

CATATAN LAIN Malaysia 1 I Thailand 1 Cambodia Vietnam I Laos 1 I China I Laos 2 I Thailand 2 Myanmar I Thailand 3 I Malaysia 2 I Diari-JWJ I