19 hb Jun 2011, Ahad - Hampir jam 4.00 pagi barulah 8 kenderaan konvoi selamat tiba di Baling, Kedah untuk bermalam di Home Stay Pak Long yang terletak berhampiran Kolam Air Panas, Legong.
Setibanya konvoi pada awal pagi itu kelihatan masih meriah di tempat tersebut bagai pesta di kunjungi oleh warga tempatan untuk bermandi-mandian di kolam air panas. Malah gerai jajan dan gerai teh tarik masih lagi di buka.
Hanya segelitir sahaja anggota konvoi sempat menjenguk di kolam tersebut dan selebihnya terus masuk tidur kerana besok harus bangun awal menyempurnakan acara sambutan kepulangan konvoi JWJ2 di Masjid Tok Bandar, Pulai, Baling.
Pada jam 9.00 pagi semua kenderaan telah siap sedia untuk berkonvoi menuju ke masjid tersebut dan setibanya konvoi di perkarangan mesjid, konvoi telah disambut sebegitu meriah dan kelihatan ramai pihak media dari media cetak dan TV sudah menanti dengan kamera masing-masing.

Bersama penasihat projek Datuk Abdul Azeez |
Konvoi telah disambut sebagi wira negara yang baru pulang dari pengembaraan membawa misi negara dari perjalanan yang jauh lagi lama waktunya.
Kompang rasmi JWJ2 direhatkan buat sementara |
Majlis sambutan berjalan bergitu teruja sekali dan sessi temubual oleh pihak media turut dilansungkan bersama Datouk Abdul Azeez Abdul Rahim selaku penasihat projek JWJ2 tahun ini.
Sessi temubual dengan media |
Selesai sahaja majlis yang bersejarah itu, konvoi bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Akhirnya konvoi bercantum semula kesemua 10 kenderaan di Seberang Jaya dan kenderaan BAT03 yang tersangkut di awal perjalanan pun telah dikhabarkan selamat tiba di bengkel Blackwind Adventure Team, di Klang.
Bercantum semula kesemua 10 kenderaan konvoi |
Konvoi pulang dengan satu pengalaman hidup yang terlalu besar dengan harapan segala matlamat JWJ2 akan terus terlaksana. Konvoi pulang dengan penuh harapan baru setelah merantau lebih 25 hari di bumi Melayu yang telah menjadi milik orang.
Menuju pulang ke Klang, Selangor |
Sekian. Catatan JWJ2 ke 7 buah negara oleh TokPul.
Berita mengenai JWJ2 dipetik : Origins of Malay Muslims to be showcased
CATATAN LAIN I Malaysia 1 I Thailand 1 I Cambodia I Vietnam I Laos 1 I China I Laos 2 I Thailand 2 I Myanmar I Thailand 3 I Malaysia 2 I Diari-JWJ I
CATATAN LAIN I Malaysia 1 I Thailand 1 I Cambodia I Vietnam I Laos 1 I China I Laos 2 I Thailand 2 I Myanmar I Thailand 3 I Malaysia 2 I Diari-JWJ I