Vietnam

AN GIANG

02 Jun 2011, Khamis - Konvoi melepasai sempadan Cambodia/Vietnam pada jam 4 petang melalui pintu Tinh Bien/Chau Doc, pintu sempadan yang jarang digunakan oleh para pelancung. Pintu masuk ini terpaksa dilalui oleh konvoi kerana berhampiran dengan kampung Melayu yang akan dilawati, kampung di Cau Fong yang terletak di daerah An Giang, selatan Vietnam.


Sausana di pintu sempadan Cambodia/Vietnam
Kenderaan orang kampung di sepanjang jalan
Konvoi tiba di kampung ini hampir jam 7.30 malam setelah kesemua kenderaan terpaksa menaiki feri kecil untuk menyeberangi sungai Mekong.



Menaiki feri menyeberangi Sg Mekong
untuk ke Kg Cau Fong, An Giang
Setelah berehat sebentar di sebuah motel milik usahawan Melayu Cham, anggota konvoi dijemput mengadakan marhaban sempena majlis cukur jambul 3 orang anak-anak Melayu di sini.



Marhaban dan cukur jambul dijayakan
oleh anggota konvoi
3hb Jun 2011, Jumaat – Pada jam 8.00 pagi konvoi membuat lawatan ke sebuah rumah orang termiskin di Kampong Cau Fong ini untuk menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan seterusnya ke masjid untuk majlis ramah mesra dan persembahan kebudayaan oleh konvoi bersama penduduk kampung di sini.
Lawatan ke rumah penduduk termiskin di Kg Cau Fong
Majlis berjalan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran penduduk melebihi jumlah 500 orang termasuk 150 orang fakir yang akan memerima sumbangan zakat dari Malaysia.



Mesjid di Cau Fong, An Giang

Hadirin pada majlis di Kg Cau Fong
Sumbangan dari wakil JWJ2
Persembahan yang menarik oleh penduduk kampong ialah nyanyian nasyid dalam bahasa Cham oleh 4 orang jejaka Cham dengan iringan drum.
Persembahan lagu nasyid diiringi drum
oleh pemuda Melayu Vietnam
Permulaan persembahan silat dari JWJ2
Program belajar jawi oleh wakil UIA
Majlis di masjid ini selesai pada jam 11.30 pagi dan anggota konvoi di bawa untuk melawat perusahan tenunan kain oleh penduduk kampung. Anggota konvoi sempat memborong pelbagai kain tenunan termasuk selendang dan kain telekung untuk dibawa balik ke Malaysia sebagai cenderahati.


Pengusaha tenunan kain dan membuat telekung
Rumah senibina Melayu

Selesai segala majlis dan kunjungan di kampung ini, konvoi JWJ2 menyeberangi semula sungai mekong dan mula bergerak ke Ho Chi Minh City.


Menyeberangi sungai Mekong
HO CHI MINH

Konvoi hampir tiba ke bandar Ho Chi Minh dalam keadaan hujan lebat, namun konvoi terpaksa mengharungi juga kerana harus menghadiri ke jemputan makan malam di rumah pegawai kedutaan Malaysia di sana, rumah En Khairi. Konvoi terasa cukup lega kerana jamuan makan malam merupakan makanan cara Malaysia, nasi biriani yang telah di masak sendiri oleh isteri En Khairi untuk kesemua anggota seramai 35 orang. Memang sedap masakan malam ini.


Di rumah pegawai kedutaan di Ho Chi Minh
Setelah hujan berhenti, konvoi bergerak ke hotel di tengah Bandar Ho Chi Minh. Sangkaan konvoi memang tepat, terpaksa melepasi bandar yang cukup sesak dengan motosikal di bandar bergelar ‘kingdom of motorbikes’ yang mana terdapat sejumlah 4 juta motosikal di bandar sejumlah 10 juta penduduknya. Akhirnya konvoi tiba di hotel hampir jam 11 malam.



Kota Motosikal
4hb Jun 2011, Sabtu – Pada jam 7.30, selepas sarapan pagi, para anggota telah keluar menaiki teksi untuk melawat ke Masjid Biru, yang mempunyai seni bina seperti masjid ‘Takkia’ di Ayutthaya, Thailand. Selepas beramah mesra dengan iman yang berusia hamper 90 tahun, konvoi kemudian bergerak ke Banthen Market. Terdapat ramai juga pelancong dari Malaysia di pasar ini sedang membeli belah sakan pakaian sebagai buah tangan untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Lawatan ke masjid Biru
Betemu ramai orang Malaysia di Banthen Market
Konvoi kemudian bergerak kelaur dari kota sesak ini kira2 jam 11.30 pagi untuk menuju ke Nha Trang, perjalanan sejauh 450 km untuk melihat kesan2 sejarah Melayu Champa yang asal bertapak di kawasan ini sejak abad 1 dan ke2 lagi.


Perjalanan yang jauh ini hanya membolehkan konvoi berhenti sekejap di sebuah monument di Phang Rang atau nama asalnya Panduraga, tinggalan kerajaan Champa dan sebuah kampung Melayu di Binh Thuan untuk bermesra dengan orang kampung di sana dan mendapatkan makanan halal untuk anggota konvoi.


Singgah di masjid mendapatkan makanan halal

Akhirnya konvoi tiba di hotel di Nha Trang pada jam 10.30 malam iaitu sebuah bandar di tepi pandai dan bergelar Kauthara di zaman kerajaan Melayu Champa.


NHA TRANG


5hb Jun 2011, Ahad – Hari yang panjang bagi konvoi kerana perjalanan hari ini merupakan perjalanan yang paling panjang sejauh 643 km menuju ke utara Vietnam, destinasinya ialah Hoi An.


Konvoi melalui pasisiran pantai yang indah

Perjalanan yang cukup menarik melalui jalan persisir pantai dan pemandangan menjamukan pantai yang bersih, air laut yang cukup jernih dan lanskap kehidupan nelayan menghiasi perjalanan konvoi sehingga ke destinasi. Konvoi tiba ke tempat penginapan cukup lewat melepasi jam 12.00 malam.



Bot-bot nelayan di tepi pantai
HOI AN

6 hb Jun 2011, Isnin – Bandar Hoi An ini terletak di tepi pantai dan merupakan bandar lama di sulami dengan bangunan baru. Kawasan ini seperti juga di Nra Trang telah diistiharkan sebagai kawasan sejarah tinggalan Melayu Champa. Masih terdapat kesan2 tapak bangunan lama di beberapa tempat di Hoi An, Nha Trang termasuklah di Hue, kawasan awal kerajaan Melayu Champa.


Lawatan ke Muzium Champa
Konvoi mula bergerak dari Hoi An pada jam 8.30 pagi untuk berhenti di bandar Hue, bagi melawat muzium Champa. Kesempatam lawatan ini memberI sedikit sebanyak maklumat bagi anggota konvoi mengenali sejarah Melayu Champa di kawasan ini.

Di sini juga Pengarah konvoi Sdr Zaid, mengadakan lintas lansung melalui telefon bersama Dj Radio Bernama 24, Sdr Kam dan Sdri Gee untuk melaporkan perkembangan perjalanan konvoi. Lintas lansung seperti ini dijayakan setiap pagi di antara jam 10.15 pagi waktu Malaysia selain laporan oleh pihak media dari Utusan Malaysia, Bernama dan RTM1. Rakyat Malaysia boleh mengikut perkembangan Ekspedisi Jejak Warisan Jawi II – 2011 ini di Radio Bernama 24 setiap pagi, melalui akhbar Utusan Malaysia setiap hari, melalui berita di web-site Bernama Online dan di berita TV RTM1.

Konvoi kemudian terus bergerak ke Lao Bao, sempadan Vietnam/Laos tetapi dalam perjalanan konvoi terhenti kerana kenderaan BAT 05 telah mengalami sedikit kesulitan. Tayar belakangnya telah pecah, terbelah dan semua konvoi berhenti rehat di sebuah restoran kecil bersebelahan kedai baiki tayar di sebuah kawasan terpencil kira2 100 km lagi ke sempadan Laos melalui pintu Lao Bao.

Membiaki tayar kenderaan yang pecah
LAO BAO

Konvoi tiba jam 4.00 petang di sempadan Vietnam/Laos dan para anggota konvoi kelihatan cukup gembira apabila tiba di sempadan. Semuanya ingin melihat kemungkinan baru di sebuah negara baru walaupun kenangan di Vietnam masih terpahat di ingatan, melalui jalanraya yang terlalu sibut sehingga terasa terlalu jenuh dalam kenderaan bagai satu kepayahan bagi setiap anggota.

Masalah ketinggalan pasport di sempadan
Tiba2 seluruh anggota konvoi dikejutkan dengan panggilan melalui radio amatur di setiap kenderaan, untuk berkumpul segera. Maklumat dikhabarkan bahawa salah seorang anggota tertinggal begnya beserta passport di restoran bersebelahan kedai baiki tayar sebelum ini. Semua anggota jadi panik kerana kemungkinan anggota itu terpaksa dihantar pulang ke Malaysia dengan bantuan kedutaan Malaysia dan kenderaan miliknya kemungkinan sukar melepasi sempadan negara lain terutamanya China yang mempunyai undang2 yang cukup ketat.

Semua anggota nampaknya saling berusaha menjejaki nama restoran tersebut dan akhirnya salah seorang anggota mengenal pasti nama restoran tersebut apabila nama restoran itu tertera di dalam kameranya, foto yang telah dirakamnya sebelum ini. Ejen konvoi di Vietnam dapat menghubungi restoran tersebut dan memohon jasabaik pemilik restoran itu menghantar passport rakan konvoi yang malang itu ke sempadan sejauh lebih 100 km.

Cuba menyelesaikan masalah pasport
Pengarah konvoi memutuskan, 8 kenderaan wajar bergerak terus melepasi sempadan menuju ke Savannakhet, Laos dan 2 buah kenderaan terpaksa tinggal di sempadan menanti tiba passport yang bakal dihantar. Sekiranya tiba sebelum jam 6 petang maka bolehlah anggota yang tertinggal melepasi sempadan, sekiranya tidak maka mereka terpaksa menanti sehingga keesokan hari untuk melepasi sempadan dan terpaksa meneruskan perjalanan sehingga bertemu di Vietaine tanpa singgah di Savannakhet.

Telah melepasi sempadan

Berita menarik tersiar di Utusan Malaysia : JWJ2 memulakan pengembaraan di Vietnamdan Usia 90 tahun masih jadi imam

CATATAN LAIN Malaysia 1 I Thailand 1 Cambodia Vietnam I Laos 1 I China I Laos 2 I Thailand 2 Myanmar I Thailand 3 I Malaysia 2 I Diari-JWJ I